View My Saved Placesin a larger map
Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam Al Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya.
Objektif utama pelaksanaan Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan genarasi Ulul Albab yang bercirikan 3 komponen iaitu:
QURANIK
Hafiz 30 juzu’ Al Quran serta memahami berdasarkan konsep Baca, Ingat, Faham, Fikir, Amal dan Sebar.
Dilakukan bermula dari jam 7.40 -9.00 pagi dan 2.00-2.40 petang secara formalnya dan antara waktu maghrib hingga isyak untuk kelas tambahan.
Sasaran hafazan ialah 30 juzu’ al-Quran selama 3 tahun ( Tingkatan 1- 3).
Semua pelajar diberi tempoh selama 3 tahun untuk khatam hafazan 30 juzu’. Pecahan ayat/surah hafazan adalah seperti berikut :
| Semester | Bil Juzuk | Juzuk | Surah Hafazan |
| 1(Ting. 1) | 4 surah pilihan+
5 juzuk
|
1 – 5 | Surah As-SajadahSurah YaasinSurah Ad-Dukhan
Surah Al-Mulk + Surah Al-Baqarah Sehingga Surah An-Nisa’ ayat 147
|
| 2(Ting. 1)
|
6 juzuk | 6 – 11 | Surah An-Nisa’ ayat 148SehinggaSurah Yunus
|
| 3(Ting. 2)
|
6 juzuk | 12 – 17 | Surah HudSehinggaSurah Al-Hajj
|
| 4(Ting. 2)
|
6 juzuk | 18 – 23 | Surah Al-MukminunSehinggaSurah Al-Zumar ayat 31
|
| 5(Ting. 3)
|
6 juzuk | 24 – 29 | Surah Al-Zumar ayat 32Sehingga
Surah Al-Mursalat
|
| 6(Ting. 3) | 1 juzuk | 30 | Juzu’ ‘AmmaI’adah Tasmi’ |
ENSIKLOPEDIK
Berpengetahuandan kemahiran tinggi, menjadi tempat rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.
Kelas Bahasa Jepun, Mandarin akan diadakan.
Kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.
IJTIHADIK
Berkeupayaan memberikan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.
Mempunyai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti avionik, robotik dan solar.
Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.
MISI
MEMBENTUK DAN MENDIDIK PELAJAR KE ARAH CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DALAM BIDANG AGAMA DAN AKADEMIK MELALUI PEMBUDAYAAN AL-QURAN SEBAGAI TERAS ILMU SERTA MEWUJUDKAN IKLIM PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
VISI

LOKASI
MRSM Gemencheh
Lot P.T. 6016 dan 5282 Mukim Gemencheh
Kampung Sungai Dua, Jalan Besar
73200 Gemencheh
Negeri Sembilan
Tel : 06-4348528, 4348755
Faks : 06-4348384
Pengetua : Mohd Ghazi Bin Shamsuddin
Emel : mghazi@ mara.gov.my
: ululalbabmoncheh@gmail.com
PIAGAM PELANGGAN
Bahawasanya kami warga kerja Maktab Rendah Sains MARA Gemencheh adalah komited kepada ;
–> Memberi pendidikan yang terbaik dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab bagi kecemerlangan akademik, kesempurnaan sahsiah dan pembangunan b/akat serta potensi diri pelajar-pelajar kami selaras dengan matlamat pendidikan MRSM / MARA.
–>Memberi layanan yang segera, penuh mesra, bersopan santun,bertimbang rasa dan adil kepada semua pelanggan kami.
–>Mewujudkan budaya kerja yang berteraskan kepada Bersih, Cekap dan Amanah berlandaskan peraturan dan arahan pekeliling Perkhidmatan Awam dan MARA.
–>Memberi perkhidmatan yang cekap, bermutu dan melaksanakan aktiviti pendidikan dengan berkesan untuk memenuhi keperluan dan harapan pelanggan-pelanggan kami.
Kemudahan Akademik
Kelas : Bilangan kelas tingkatan 4 dan 5 masing-masing sebanyak 14 kelas (A-N). Setiap kelas mengandungi seramai 25 orang pelajar. Setiap kelas dibekalkan dengan OHP, skrin, papan putih bermagnet, rak buku pelajar
Bilik Kecemerlangan : Boleh memuatkan seramai 150 orang pelajar pada satu-satu masa. Dibekalkan dengan LCD projector, skrin, papan putih, OHP
Makmal Sains : Dilengkapi OHP, komputer dan alatan sains yang mencukupi
Makmal Komputer : Makmal komputer yang dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 25-30 buah komputer
Pusat Sumber Pembelajaran : Dilengkapi dengan kemudahan komputer, buku-buku terbaru
Studio : Terdapat TV, video player, VCD player
Dewan Besar : Terdapat LCD projecter, pull down screen, sistem pembesar suara
Bengkel Seni :Menempatkan segala kemudahan untuk kelas seni dan alatan melukis
Kemudahan Rekreasi
Padang Permainan : Padang yang luas dan rata dilengkapi dengan trek olahraga.
Alatan Sukan: Memberikan peluang untuk pelajar-pelajar menggunakan pelbagai jenis peralatan sukan
Gelanggang Permainan : Terdapat gelanggan tenis, sepaktakraw, bola tampar ,futsal,badminton ,ragbi dan gelanggang pingpong
Kemudahan Kebajikan
Pengangkutan bas dan van : Bas dan van yang berhawa dingin
Perkhidmatan telefon awam : Telefon awam yang banyak disediakan di asrama dan sekitar cafe
Perkhidmatan dobi : Perkhidmatan dobi yang cekap
Kantin : Memberikan perkhimatan jualan makanan dan minuman kepada kakitangan dan pelajar.
Bilik sakit : Bilik rehat ketika sakit yang selesa untuk pelajar lelaki dan perempuan
Dewan Selera : Dewan makan yang luas dan bersih dilengkapi alatan memasak yang serba moden
Asrama : Asrama yang selesa dengan tilam dan katil yang baru
Koperasi : Menjual barang keperluan asas, perkhidmatan fotostat, internet, mencetak
Surau : Luas dan selesa
SOALAN LAZIM
1. PENGAMBILAN & PENEMPATAN PELAJAR
2. PENGAMBILAN PELAJAR – TINGKATAN 1
3. PENGAMBILAN PELAJAR – TINGKATAN 4 (KRITERIA & SYARAT)
4. PENGAMBILAN TINGKATAN 4 (UKKM)
5. PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 4 (BORANG & MAKLUMAT)
7. KUOTA
8. KEPERLUAN ASAS & PAKAIAN SERAGAM
FAQ ini adalah daripada Portal Majlis Amanah Rakyat.
Untuk Keterangan lanjut mengenai pengambilan dan semakan sila layari portal MARA










Assalamualaikum,saya pelajar tingkatan 2 di MRSM Serting dan tinggal di Pasir Gudang,Johor.Saya ingin bertanya,bolehkah saya ingin berpindah ke MRSM Gemencheh atau Kota Putra atau Kepala Batas iaitu MRSM Ulul Albab? Saya sangat minat dalam bidang agama tetapi semasa pendaftaran di tingkatan 1 saya memilih MRSM Muar sebagai pilihan kerana tidak tahu ada MRSM yang menawarkan aliran agama. Sekiranya boleh,bagaimana caranya?Adakah saya perlu masuk ketika di tingkatan 4 atau dengan cara lain?