Apakah itu  E-Hafazan?..


E-Hafazan ialah satu sistem pemeriksaan kadar hafazan  terkini para Pelajar Ulul Albab MRSM Gemencheh. Cetusan idea ini bagi memenuhi tuntutan Mara yang menjadikan ICT sebagai wacana saluran maklumat cepat dan tepat.

Ianya merupakan satu usaha mengaplikasikan  ICT dalam  membantu guru,para ibu bapa dan Pihak Pengurusan Program Ulul Albab MRSM GEMENCHEH.
Kelebihan E-Hafazan.

1- Memudahkan ibubapa melihat atau memantau prestasi hafazan anak masing-masing.Bila-bila masa di mana jua.

2- Memudahkan guru hafazan untuk menguruskan data hafazan pelajar.

3- Memudahkan Pengetua,Pihak Atasan MARA memantau Program Ulul Albab secara terus melalui talian.

4- Pengaplikasian ICT yang maksimum dalam Progran Ulul Albab.

~E-Hafazan mempunyai 3 jenis

1- E-Hafazan Pelajar/Ibubapa

2- E-Hafazan Guru

3- E-Hafazan Admin

~E-Hafazan Pelajar/Ibubapa~ (klik utk login)

**(Sila login katalaluan menggunakan no sijil kelahiran sekiranya gagal menggunakan no kad pengenalan)

E-Hafazan pelajar/ibubapa untuk pelajar dan ibubapa melihat secara dalam talian/online kadar hafazan terkini anak-anak mereka.Setiap paparan boleh di print out bagi simpanan rekod peribadi dan rujukan.Ibubapa hanya perlu memasukkan No Maktab dan No kad Pengenalan/no sijil kelahiran (katalaluan) anak-anak mereka.Para penjaga juga boleh meninggalkan pesanan sebagai interaksi ibubapa dengan guru Quran.

~E-Hafazan Guru~ (klik utk login)

E-Hafazan Guru untuk kegunaan 28 orang Ustaz/Ustazah Program Ulul Albab memasukkan rekod hafazan pelajar masing-masing secara online.Guru boleh mengemaskini rekod hafazan setiap hari,minggu atau bulan mengikut kehendak semasa.Login menggunakan no gaji dan no KP(kata laluan)

~E-Hafazan Admin~ (klik utk login)

E-Hafazan Admin.Untuk kegunaan Admin,Pengetua dan Pihak Atasan MARA yang ingin atau melihat pencapaian terkini kadar hafazan para Pelajar Ulul Albab.Ianya mengandungi keseluruhan maklumat hafazan terkini setiap pelajar Ulul Albab.

sebarang pertanyaan boleh email kepada kami di ululalbabmoncheh@gmail.com