FB TABUNG WARISAN MARA

Tabung yang diwujudkan untuk mengumpul dan mentadbir dana yang akan diwaqafkan selama-lamanya (in perpetuity)  khusus untuk keperluan pendidikan anak-anak melayu generasi akan datang

 

Objektif

 

Membudayakan semangat menabung ke hadapan (pay forward) dikalangan orang melayu secara kolektif dan berterusan demi kepentingan masa depan bangsa melayu melalui pendidikan.

 

Memberikan kesedaran kepada komuniti Melayu untuk bersama-sama bertanggungjawab mengangkat martabat bangsa Melayu melalui sumbangan pendidikan.

 

Menyediakan dana yang berterusan dan berkekalan untuk memastikan pewaris Melayu generasi akan datang mempunyai dana yang mencukupi untuk keperluan pendidikan mereka.

 

Mengutip dana untuk pembangunan Bumiputera dan pemberian bantuan kepada pelajar-pelajar bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan pelajar Bumiputera.

 

Membentuk platform hubungan kerja strategik bersama bekas pelajar dan usahawanyang telah menerima perkhidmatan MARA agar kepakaran mereka dapat dikongsi untukmenambah baik program-program yang dilaksanakan di masa akan datang.