Anak2 Ulul Albab…
Telah tiba saat waktu di takdirkan kita bersama.
kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan.
gembira rasa hati ini bila melihatkan
wajah-wajahmu yang menceriakan.
tulus ikhlasmu,luhur akhlakmu bagai tiada peganti.
senyum tawamu juga usahamu menghiburkan kami.
kenangan indah setiap hari terus bersemadi.
kaulah muridku,kau permata hati.
Ya allah jadikanlah mereka insan mulia,
insan yg taat perintah agama.
wahai muridku..bangkitlah dalam perjuangan ini..
walaupun nanti ku tiada di sisi..
perjuangan ini masih jauh beribu batu..
selagi ruh masih dijasad,ilmu harus dicari,
sedih rasa hati ini bila mengenangkan.
andai kau masih lalai dan leka..
Ya Allah,hadir kami bukan tuk dihargai.
bukanlah pula untuk disanjungi malah bukan untuk disakiti..
sekadar mengisi ruang di hati..
moga bahagia dan berjaya dikau akhirnya..
setangkai doa juga harapan terus ku kirimkan…
moga akhirnya dikau bersama para solihin..
kaulah muridku..kau permata hati..











Selamat Hari Guru kepada semua warga guru dan pentadbir MRSM Gemencheh khususnya Ustaz dan Ustazah UA yang bertungkus
lumus mendidik anak-anak UA sehingga mencapai banyak kecermelangan di dalam akademik,hafazan Al Quran dan kokurikulum.Semoga guru-guru di MRSM Gemencheh dapat membentuk keperibadian anak-anak kita ini seiring dengan ilmu agama berlandaskan NUR Al Quran dan sunnah.
Ikhlas,
Mama Aliff Irfan
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru2 MRSM Gemencheh kerana telah mendidik kami dengan penuh kesabaran serta kasih sayang yang tidak terhingga…kami ingin memohon maaf zahir dan batin andai terkasar bahasa dan mengecewakan harapan warga MRSM Gemencheh..
Mewakili tingkatan 5 2012 ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas inisiatif pihak maktab dalam memastikan kejayaan kami pada SPM 2012 dan KEM K.A.M.I memberi kesedaran kepada kami untuk terus menjaga nama baik maktab..dan mengekalkan kecemerlangan maktab..KAMI SAYANG MRSM GEMENCHEH..
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru2 MRSM Gemencheh kerana telah mendidik kami dengan penuh kesabaran serta kasih sayang yang tidak terhingga…kami ingin memohon maaf zahir dan batin andai terkasar bahasa dan mengecewakan harapan warga MRSM Gemencheh. Kami Sayang Cikgu !!!