Program Al-Furqan merupakan 1 program cetusan Idea oleh Tuan Pengetua MRSM Gemencheh yang mahu pelajar2 UA didedahkan dengan realiti kehidupan bermasyarakat di samping dapat melatih kemahiran2 asas dalam menjadi Ganerasi Ulul Albab yang diimpikan oleh semua pihak.
Program bersama masyarakat ini dijalankan oleh para Ustaz dan 60 orang pelajar UA 2 & UA 3.

Pada hari ini 2/3/2012 sehingga 3/3/2012 ,MRSM GEMENCHEH Ulul Albab telah memilih utk bersama Masjid Sg Kelamah,Masjid Felda Jelai dan Masjid Felda Gugusan Raja Alias,Jempol. Program ini juga melibatkan peseta seramai hampir 300 pelajar darjah 5 & 6.Antara program pengisisan,pelajar UA menjadi fasilitator kpd adik2 ini dan membimbing bacaan dan kaedah menghafaz surah2 lazim,I’tikaf,Tazkirah,Halaqah,klinik Al Fatihah dan Qiamullail.

Ucapan jutaan terima kasih buat 34 orang Ustaz/Ustazah atas kerjasama yang terbaik dan pengorbanan yang diberikan.

Antara lain objektif program ini adalah:

1.memperkenalkan program ulul albab ke masyarakat setempat.

2.melatih pelajar-pelajar ulul albab berinteraksi bersama masyarakat setempat.

3.menjadikan pelajar ulul albab role model kepada masyarakat

4.mengasah softskill pelajar dalam aspek kepimpinan,

intelektual,kognitif,kolabrasi dan komunikasi bersapadu

5. Satu misi dakwah mendekatkan golongan belia dengan Masjid

Semoga usaha kecil ini mendapat redha dan rahmat dari Allah swt.

Ustaz Muhammad Sholiheen
Penyelaras Ulul Albab