TIP DAN PANDUAN MENGHADIRI TEMUDUGA ULUL ALBAB 2012

1. Calon UPSR 2011 mesti mengambil nombor pin di Pejabat MARA Daerah atau MRSM terdekat dengan menyertakan salinan slip keputusan 5A UPSR dan salinan surat beranak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN SEBELUM 30 NOVEMBER 2011

2. Isi borang secara online.

3. Calon yang layak akan diberi tawaran untuk menduduki temuduga pada antara 12 hingga 16 Disember 2011 di MRSM Gemencheh. ketika menghadiri temuduga,sila pastikan perkara-perkara berikut dibawa bersama.

a) surat panggilan temuduga

b) slip keputusan UPSR

c) Sijil-sijil sokongan

d) alat tulis

 

TEMUDUGA KEMASUKAN KE MRSM GEMENCHEH

1-     UJIAN HAFAZAN. (25 MINIT)

Setiap calon akan diberi masa(kuarantin) selama 25 minit untuk persedian menghafaz 1 mukasurat.Bagi Calon perempuan yang Ma’zurah(uzur) akan diberikan Hadis Hafazan.Seterusnya akan diuji bacaannya semasa proses temuduga.(interview)

 

2-     TEMUDUGA.(10 MIN)

Calon akan diminta memperdengarkan hafazan,membaca ayat tilawah dan diuji kemahiran Tajwid.Calon akan dinilai dari aspek

a)     Penampilan

b)     Kefasihan Hafazan

c)      Kemahiran Tajwid

d)     Minat

e)     Kemahiran komunikasi

f)       Mampu bertutur dalam Bahas Inggeris dengan baik.

g)     Pengetahuan Am

 

3-     UJIAN JAWI  (10 MIN)

4-     UJIAN MATEMATIK (35 MIN)

5-     UJIAN SAINS  (30 MIN)

6-     UJIAN SIKAP (20 MIN)

 

Semasa proses temuduga,penjaga akan diberi taklimat di Dewan Besar MRSM Gemencheh berkenaan Program Ulul Albab MRSM Gemencheh.Penjaga calon boleh bertanyakan apa jua soalan mengenai hal  yang berkaitan Program Ulul Albab.

Keputusan temuduga Ulul Albab ini boleh disemak dilaman web mara selepas 3 Januari 2012.

SELAMAT BERTEMUDUGA..JUMPA  ANDA DI MRSM GEMENCHEH 12-16 DISEMBER…