Program Al Furqan kali ini dijalankan di 2 buah masjid. Di masjid Daerah Bera,Pahang dan juga Masjid Qaryah Jemapoh,Kuala Pilah.

Al-Furqan di Bera Pahang di sertai oleh 120 orang peserta dari 12 buah sekolah.Di pimpin oleh seramai 15 orang Guru dari MRSM Gemencheh dan 24 orang anak2 pelajar dari Tingkatan 4,2 dan 1.

Program ini mendapat kerjasama yang memberangsangkan dari YB Norul yang merupakan salah seorang dari Ahli Majlis Tertinggi MARA. Majlis yang bermula selepas solat Jumaat dimulakan dengan pendaftaran dan taklimat ringkas.

Halaqah pertama mengenai Teknik dan Kaedah menghafaz Al-Quran.Dikongsikan bersama Fasilitator anak2 UA Ting 1&2.Setiap peserta diberi tugasan menghafaz surah tertentu dan ditasmik serta diperbaiki bacaannya.

Seterusya majlis Iftor Jamaie yang disediakan oelh pihak Jabatan Agama Daerah dengan kerjasama Pejabat Dun Guai, Majlis turut disertai oleh Yang Berhormat Norul selaku Adun Guai.

Selepas solat sunat terawih,seisi pengenalan Program Ulul Albab dan Muhasabah oleh Tim Pengetua Hal Ehwal Pelajar En.Kadir Bin dewa.

Sebelum sahur,anak2 peserta dibawa bersama program Qiamullail.
Pada jam 10 pagi pula,Klinik Al Fatihah oleh Ustaz Khairi dan sesi Tasmik oleh fesilitator kumpulan masing2.

Majlis berakhir pada jam 1.00 tghari.. Program ini mendapat sambutan dari masyarakat setempat dan berharap akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Rombongan dari MRSM Gemencheh bertolak pulang pada jam 3 petang.