16 Julai 2012.Hotel Grand Sesons.  Seramai 41 org pelajar cemerlang SPM 2011 di raikan atas kejayaan 9A+ dan 10A+ bersama 11 orang pelajar UA dari Ulul Albab Kotapura,Gemencheh dan Kepala Batas yang telah khatam menghafaz 30 Juzuk Al Quran. 4 orang anak-anak Ua MRSM Gemencheh Ulul Albab antara 11 orang anak-anak UA Mara yang dirai merupakan pelajar Cemerlang Hafazan yang mengkhatamkan hafazan dalam masa 2 tahun.Setiap penerima anugerah diberikan sijil penghargaan serta cek bernilai RM 1000.

Pihak maktab juga menerima anugerah pencapaian PMR 2011 cemerlang.Menerima RM 15,000 yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Hasan Bin Malek dan disaksikan oleh Ketua Pengarah MARA Dato Ibrahim serta Ahli Majlis MARA.