Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2013 Di Semenanjung Malaysia
Semakan Keputusan Permohonan MRSM Tingkatan 1 2013
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 20102 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 tahun 2013 di Semenanjung Malaysia.
Bagi pengambilan Tingkatan 1, MRSM menawarkan dua aliran iaitu Biasa dan (Agama) Ulul Albab. MRSM (Agama) Ulul Albab ditawarkan di MRSM Kota Putra(ululalbab+igcse), MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Sistem pendidikan MRSM Agama ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.
Di samping itu mulai tahun 2013, MARA juga akan melaksanakan program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang dan beberapa MRSM yang lain. (Rujuk pada iklan) Pelaksanaan program Cambridge IGCSE di MRSM bersesuaian dengan hasrat MARA melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif.
Program Cambridge IGCSE diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) sistem pendidikan MRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
Syarat Kelayakan Masuk MRSM
MRSM Biasa
Warganegara Malaysia.
Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012
MRSM Ulul Albab (Agama)
Warganegara Malaysia.
Pelajar sekolah Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
Memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012
Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra atau MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
Pemohon ke MRSM Agama akan ditemuduga.
MRSM IGCSE
Warganegara Malaysia.
Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012
Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebagai pilihan semasa mengisi borang permohonan secara online.
Pemohon akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga yang akan diadakan di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.
Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
Pemilihan
Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar atau kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan atau kawasan daif.
Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
Permohonan
Mohon Nombor Pin / Katalaluan
Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan nombor pin secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi iaitu 19 November 2012.
Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2012 yang telah disahkan semasa mendapatkan nombor pin.
Isi Borang Online
Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2012
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :
Permohonan ke Tingkatan Satu,
Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.
Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
Maklumat
Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765.
Sila rujuk laman web MARA berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
Syarat Kemasukan Tingkatan Satu MRSM Semenanjung
Kurikulum MRSM
Sistem Penilaian
Kemudahan Pelajar di MRSM
Senarai MRSM
Alamat MRSM
Soalan Lazim
Tarikh Tutup
Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 1 Disember 2012.










borang permohonan mrsm 2013
Assalam,
Anak saya sekarang belajar Form-1 kat Sekolah Agama Swasta Kiblah, Dengkil, Selangor. Berminat nak masuk/pindah Form-2 (2013) nanti ke MRSM Gemenceh…ada cara tak?
Wassalam
kalau nakk mohon masuk mrsm gemencheh 2013 form 4 boleh tak ? macam mana caranya ?
ya.. saya pun nak tahu sbb anak sy pun nak mohon ke mrsm gemencheh
Bagaimana untuk memohon MRSM Ululalbab, MRSM Gemencheh aliran Agama dan Sambest Shah Alam.
permohonan ketingkatan satu 2013 MRSM ululalbab, MRSM Gemenceh Aliran agama dan SAMBEST Shah Alam
nak masuk mrsm lepasan PMR tahun 2013 punya.. macam mana nak mohon ?
macam mana nak mohon masuk mrsm gemencheh tingkatan 1 2013??
permohonan mrsm gemencheh tahun 2013???
Bagaimana hendak memohon untuk masuk tingkatan satu mrsm gemencheh tahun 2013? Bilakah tarikh permohonan tersebut akan dibuka dan ditutup?
permohonan mrsm gemencheh 2013
assalamualaikum.. insyallah ustaz akan beri maklumat ringkas pada adik2 yg bertanya, mengenai permohonan ke tingkatan 1 mrsm gemencheh 2013
syarat asas 5A dalam keputusan UPSR nanti.. bawa slip peperiksaan yg original ke mana-mana pejabat MARA atau MRSM yang brrhampiran. Dapatkan username dan pwd untuk permohonan online. Nanti semasa dapatkan username dan pasword tu, kerani atau yg berkenaan akan terangkan cara utk isi permohonan tersebut. semasa isi online, adik2 perlu memilih mrsm gemencheh sebagai pilihan pertama. Ikut arahan tertera, sekiranya ada apa2 kemusykilan hubungi no yang diberi.. sekiranya adik2 terpilih utk sesi temuduga, adik2 akan dijemput menghadiri temuduga di mrsm gemencheh pada 10-13 disember 2012. perlu diigatkan, sekiranya adik2 terpilih ke mana-mana SBP (sekolah berasrama penuh) 2013 nanti, secara automatiknye adik2 TIDAK DITAWARKAN KE Mrsm Gemencheh.. semoga berjaya.
Ustaz muhammad Sholiheen.
Mrsm Gemencheh.
Assalamualaikum Ustaz,
Merujuk kepada “sekiranya adik2 terpilih ke mana-mana SBP (sekolah berasrama penuh) 2013 nanti, secara automatiknye adik2 TIDAK DITAWARKAN KE Mrsm Gemencheh”. Saya lebih berminat utk menghantar anak sy ke sekolah tahfiz. Permohonan ke SBP yang dibuat adalah untuk persediaan sekiranya dia gagal ke sekolah tahfiz. Adakah pemilihan SBP mempunyai kaitan dengan pemilihan ke MRSM Gemencheh. Minta ustaz jelaskan.
untuk tingkatan 4,tiada pengambilan luar tingkatan 4 2013 utk mrsm gemencheh.
assalamualaikum ya Ustaz ,
saya pelajar thfiz tingkatan 4 dari sekolah menengah thfiz Al-Quran, melaka .. sye ad mohon mrsm gemencheh sbab nak amek aliran sains dn nak sambOng hfalan quran sye sbab sye lgi sket je nak khatam .. nak tnye skit ustaz,, kalo laa mrsm gemencheh x d lagi amex kemasukn plaja tingktan 4,, adkah sye ad peluang untOk dpt mrsm yg laen ?mcam kwan sye mhOn KISAS ,, x dpt kene cmpak kt SMAP BentOng ..mrsm mcam 2 ke ustaz ? ~~
Assalamualaikum . saya nak tanya , untuk permohonan tingkatan 4 2012 . dah tak boleh mohon ke mrsm gemenceh ni ? kenapa yaa ? saya nak masuk
untuk program ulul. albab, tingktn 4 2013 akan diisi sepenuhnya oleh pelajar ulul albab tingkatan 3 hari ini seramai 179 org… kemudian mata pelajaran subjek termasuk bahasa arab tinggi, syariah islamiah dan al quran sunnah.. pelajar ulul albab akan meneruskan aktiviti hafazan al quran mereka sehingga ting 5.
syukran
Assalamualaikum tuan.. apa perbezaan antara MRSM Ulul Albab & SM Imtiaz?.. ada perbezaan dari segi sukatan silibus?.. kalau Imtiaz ada kurikulum menunggang kuda, berenang, memanah, dll…!?.. terima kasih tuan..
sama seperti di Imtiaz..bezanya cuma pengurusan daripada MARA dan kerajaan negeri terengganu..berenang,berkuda dan memanah juga dijalankan di mrsm ua.
Assalamualaikum..nak Bertanya adakah Pelajar Dari sekolah rendah integrasi boleh memohon MRSM ulul albab? Terima kasih.
boleh tuan
a’kum..saya bersekolah di SJKC , sekiranya saya mendpt 7A @ 5A di dalam UPSR adakah saya layak untuk memohon MRSM dan pada sebelah petang saya bersekolah di sekolah rendah agama (SRA kekolaan JAIS), sekiranya PSRA saya mendpt MUMTAZ adakah saya juga layak untuk memohon MRSM ulul albab
zafran… boleh nak..kalau ade rezeki kita jumpe masa temuduga.insyalah
saye form 3…nak masuk form 4 ke mrsm gemencheh…boleh x ambek bahase arab?walaupun form 1-3 saye x ambek?
sekolah menengah telok datok,banting,selangor…tgh tunggu result PMR
a’kum…bole tak pelajar melayu yang bersekolah di Sekolah Jenis KEbangsaan Cina (SJKC) memohon untuk memasuki MRSM @ MRSM ulul albab
Bila tarikh temuduga untuk sesi 2013
salam..tmpang taye…camne yer caranyer klu ingin memohon mrsm yg sama dgn saudaranya sekarang…..
Contoh: si abang ada kt mrsm kuantan dan si adik ingin membuat rayuan ditempatkan di mrsm
Yg same ngan si abang andainya permohonan ke mrsm diterima…terima kasih
A’salam,
1. Jikalau saya tidak mengambil PSRA/UPSRA, masih bolehkah saya memohon ke MRSM Gemencheh?
2. Saya tidak begitu hebat dalam bidang agama tetapi memang mempunyai minat yang mendalam dan ingin perbaiki lagi skil saya dalam bidang agama.
3. Saya memohon MRSM ini kerana abang saya telah membuat pertukaran ke sini dari MRSM JB. Ini kerana saya tidak mahu menyusahkan ibu saya yang perlu hantar ke 2 lokasi.
4. Saya harap pihak MRSM dan Ustaz Muhammad Sholiheen akan membantu saya dengan membalas pertanyaan saya ini.
Sekian,W’salam
assalamualaikum adik Hilmi.. kemasukan ke Mrsm Syarat hanya UPSR.. 5 A
pengambilan pelajar tingkatan 4 untuk mrsm gemencheh ade x???
admin..boleh x ??form 4 masuk ambek bahase arab kalau form 1-3 x ambek bahase arab??
ting 4 tiada kemasukan ke mrsm gemencheh tuan.. utk 2013 hanya ting 4
assalam.saya sudah mendapatkan kata laluan untuk mengisi borang…semasa hemdak isi borang pada halaman pertama ok tetapi apabila dia suruh pilih mrsm mana yang bakal dipilih,saya tidak boleh memilih kerana tidak disenaraikan mana2 nama mrsm,hanya terpapar perkataan sila pilih.adakah laman web untuk mengisi borang tersebut dalam proses pembaikian?
Assalam Ustaz,jika peserta gagal dalam ujian ULUL ALBAB adakah peserta akan ditempat kan ke MRSM lain?
adam.. akan dipertimbangkan.. tapi tetap kena buat rayuan.
saye tingkatan 3 admin…tahun depan 2013 saye form 4…..itu la soalan sye..kalau form 1-3 x ambek bahase arab..form 4 boleh x ambek kalau insya Allah dpt masuk mrsm tu?
1- SPM adalah sijil terbuka..sesiapa boleh ambil subjek SPM walaupun tidak belajar di ting 1-3.
2- MRSM tidak menawarkan MATA PELAJARAN B.ARAB kecuali MRSM tertentu. antaranya MRSM Jeli dan Kuala Nerang.
3-MRSM Ulul Albab tiada pengambilan luar bagi tingkatan 4.
salam ustaz!mcm mana caranya saya nak tukar tarikh temuduga dari 12/12/12 kpd 13/12/12 ? adakah perlu saya telefon ibupejabat mara bhg pengambilan ting 1 atau terus sahaja berhubung dengan pusat temuduga yang saya pilih iaitu mrsm gemencheh?
rlok syamimi call mara.. dah confirm boleh tukar maklumkan pada pusat..
salam…. saya bekas pelajar mrsm.tp masa tu x ada lg program ua.anak saya sgt berminat nak masuk ua.dia akn pi interview 11/12 ni…doakan anak saya dpt.klu x dpt mana lg sek tahfiz yg bagus.nak masuk maahad integrasi hanya utk org selangor.saya org perak.minta ustaz tlg jelaskan….
Waalaikumsalam// Puan Noritta.. Insyallah sama2 kita doakan.. Sebenarnya banyak sekolah Tahfiz yang hebat di Msia ni..sama ada Aliran Sains ataupun aliran Arab.. Kalau x silap sy di Perak ada sekolah Al Hidayah..Mereka pernah datang melawat kami di sini.. Kalau MRSM biasa pun sekarang sudah ada program Mini Ulul Albab..setiap pelajar muslim diwajibkan menghafaz surah2 tertentu..Jika puan masih berminat dengan program Ulul Albab,di Melaka ada cawangan Imtiaz..
http://imtiazmelaka.com.my/
Asskm…
Kwn sya memperolehi 4A 1B dlm UPSR.Matapelajaran yg diperoleh B adalah B.Inggeris .Bolehkah dia memohon MRSM…
a’kum…bole tak pelajar melayu yang bersekolah di Sekolah Jenis KEbangsaan Cina (SJKC) memohon untuk memasuki MRSM @ MRSM ulul albab
adakah pelajar baru tingkatan 4 2013 akan mengikuti program ulul albab dan mengambil mata pelajaran b.a.t, p.q.s mahupun p.s.i? terima kasih!!!
adik Farhan.. bagi soalan subjek iye.. subjek2 yg disebutkan tadi mmg akan diambil… tetapi tentang pelajar baru ulul albab tu tiada.. TIADA KEMASUKAN TINGKATAN 4 2013 di MRSM Gemencheh.
sekian.. syukran
Salam ustaz, saya pelajar di SJ yang mendapat 5A UPSR tahun 2012 yang lalu. Dan sekarang sy juga buat hafazan secara sendiri. Saya amat berminat untuk ke MRSM Gemencheh untuk program Ulul Albab ini. Masalah saya adalah saya tiak register semamsa mendapat result UPSR tempohari. Soalan apakah cara terbaik untuk saya masuk ke MRSM tersebut. Mohon penerangan admin/ustaz/ustazah. Jazakallah.
assalamualaikum.. Maaf adik rasyiqah.. semua proses pemilihan telah dilakukan.. teruskan usaha menghafaz al quran.. di mana mana pun, ygpenting usaha yg istiqamah, tekun dan ikhlas..
Assalamualaikum Ustaz,
Tajuk: Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM Gemencih
Anak saya berasal dari sekolah agama rakyat, mendapat tawaran tingkatan 4 2013 di MRSM Jasin Melaka sedangkan telah memohon MRSM Ulul Albab Gemencih. Adalah satu kerugian (dari segi matapelajaran yang telah dipelajari) bagi pelajar dari sekolah agama menyambung ke sekolah yang tiada matapelajaran Bahasa Arab, Syariah, Hafazan dan sebagainya. Saya ingin merayu agar anak saya diterima masuk ke tingkatan 4 di MRSM Gemencih. Saya ingin datang ke Gemencih hari ini bersama dengan anak dan buku rekod hafazan-nya. Kes begini menyaksi ramai anak bangsa kita yang terus terpendam di sekolah agama rakyat dengan kemudahan tidak seberapa.
assalamualaikum Tuan Syukri.. terima kasih atas kepercayaan tuan pada program ulul albab..
untuk makluman tuan, mrsm gemencheh hanya menerima kemasukan tingkatan 1 bermula tahun 2013.. manakala tingkatan 4 tiada kemasukan dari MRSM lain ataupun institusi pendidikan yang lain.. Pelajar Tingkatan 4 tahun 2013 adalah daripada pelajar ulul albab sendiri iaitu pelajar2 ting 3 2012..
sekian.. akhukum fillah..
Salam, kalau saya tingkatan 4 pada 2015, nak buat permohonan ke mrsm igcse boleh tak?
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya, jika anak saya belajar dan mengambil UPSR di sekolah rendah islam swasta. Dalam konteks saya yang berada di kuantan, sekolah rendah islam swasta seperti Sekolah Rendah Al-Irsyad bolehkan memohon untuk memasuki Tingktan 1 di MRSM Ulul Albab? Terima Kasih.
As Salam Tuan. Maaf menganggu. Apabila saya menelesuri laman web MARA/MRSM Ulul Albab telah menarik minat dan kesungguhan saya dan anak. Tahniah. Untuk itu, ada sedikit kemushkilan yang sudi kiranya mohon pandangan dan pencerahan daripada pihak Tuan.
Sebagai seorang ibu bapa, apakah persiapan yang diperlukan untuk seorang anak yang sekarang ini dalam tahun 5 dan pada tahun hadapan 2014 akan menduduki peperiksaan UPSR. selain daripada keperluan syarat 5A….bagaimana pula dengan dengan keperluan untuk peperiksaan UPKK… selain anak perlu mampu lancar membaca Al-Quran… Dan Apakah secara kasarnya bentuk temuduga yang akan ditanya…
Syukran Jazilan
MEJAR AZLISHAM ABDUL AZIZ